Pompeii (2014)


Cerita ini bermula apabila sekumpulan orang Rome menyerang satu perkampungan dan membunuh kesemua penduduk disitu termasuk ibu dan ayah Milo. Milo melihat sendiri bagaiman ibunya di sembelih oleh ketua kumpulan tersebut iaitu Corvus manakal Milo pula dijadikan hamba dalam perniagaan pertukaran hamba. 17 tahun selepas itu, Graecus berasa bosan dengan pertempuran tapi lepas Milo bertempur dan pertempuran tersebut membuka mata Graecus dan disitu jugaklah Milo mendapat gelaran The Celt yang digeruni. 

Kemudian, Milo dan hamba - hamba yang lain dibawa pulang ke Pompeii. Disitu, Milo berjumpa dengan Cassia (anak Severus) seorang perempuan cantik dan terjatuh hati antara satu sama lain. Ketika itu, Milo membunuh seekor kuda yang kesakitan untuk menamatkan siksaan kuda tersebut. Di pompeii, Milo dipertemukan dengan Atticus, seorang pahlawan yang sangat handal dan digeruni. Namun, pada masa yang sama Atticus juga seorang yang baik dimana Atticus menyelamatkan Milo daripada serangan hendap seorang peserta perlawanan ketika latihan di Amphitheatre Pompeii. Dalam masa yang sama, kisah cinta antara Milo dan Cassia apabila Cassia sanggup mengaku kepada tentera bahawa dialah yang membenarkan Milo untuk membawanya pergi keluar dengan menaiki kuda namun Milo tidak bersetuju dan terus bawa Cassia pulang ke istana semula kerana menganggap perkara itu salah. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Cassia dan Milo? Apakah yang berlaku pada bandar Pompeii?

Review:

Filem ini menarik perhatian dengan tajuk Pompeii dimana kita semua tahu tentang sejarah bandar Pompeii yang pernah ditenggelamkan pada suatu ketika dahulu. Filem ini menggambarkan bagaimana bandar Pompeii menjadi musnah dengan datangnya ombak besar, letusan gunung berapi dan gegeran yang menghancurkan bandar Pompeii. Takda bandar nie terbalik dan musnah seperti kita semua bayangkan. Filem ini juga menunjukkan bahawa setiap yang jahat pasti akan dihukum. Kisah cinta yang diselitkan dalam filem ini merupakan satu cerita tambahan bagi mencantikkan lagi perjalanan cerita.

Barisan Pelakon:

Kit Harington sebagai Milo
Emily Browning sebagai Cassia
Kiefer Sutherland sebagai Senator Quintas Attius Corvus
Carrie-Anne Moss sebagai Aurella
Jared Harris sebagai Severus
Adewale sebagai Atticus
Jessica Lucas sebagai Ariadne

Directed byPaul W. S. Anderson
Produced by
  • Jeremy Bolt
  • Paul W. S. Anderson
  • Robert Kulzer
  • Don Carmody

Comments

Popular Posts