Sanju 2018


Sanju mengisahkan jatuh bangun seorang artis yang bernama Sanjay Dutt a.k.a Sanju. Kisah artis yang mula menjejakkan kaki ke dunia lakonan atas bimbingan ayahnya, Sunil Dutt sewaktu muda. Segala aktiviti yang dilakukan oleh Sanju dikawal oleh ayahnya membuatkan dirinya memberontak menginginkan kebebasan.

Zubin merupakan kawan rapat Sanju yang pertama tapi malangnya Zubin bukanlah kawan yang baik. Kemudian, Sanju berjumpa pula dengan Kamli, satu - satunya kawan yang sentiasa menyokong dan cuba untuk bawa Sanju ke pangkal jalan. Sanju mengenali Kamli ketika Kamli yang juga peminat ibu Sanju (Nargis merupakan seorang pelakon yang terkenal) menyelinap ke dalam wad ibunya sewaktu ibunya sakit di hospital. Sepanjang perjalanan hidup Sanju, ayah dan ibunyalah yang memberikan sokongan padu sewaktu Sanju jatuh meskipun ibunya menghdap penyakit kanser Pancreas dan kemudian ayahnya pula pergi. Akhirnya, Sanju dan isterinya, Manyata Dutt bercadang untuk berjumpa Winnie Dias (biografi) untuk membersihkan namanya sebelum di masukkan ke penjara. Bagaimanakah Sanju, ayahnya dan Kamli cuba menempuh dugaan dan cabaran? Bagaimanakah kesudahan kisah Sanju dalam cerita ini? Berjayakah Sanju memujuk Winnie untuk menuliskan kisah hidupnya?

Review:

Filem ini menjadi perhatian apabila kisah hidup seorang artis popular Bollywood yang dikenali dengan keganasan pada suatu ketika dulu yang pernah dipenjarakan atas penglibatan dengan senjata api difilemkan menjadi sebuah cerita. Kisah benar kehidupan Sanjay Dutt yang memeritkan dipamerkan dalam cerita ini. Cerita ni juga memberikan kesedaran kepada para remaja bahawa dadah bukanlah satu benda yang bagus dan kerana dadah kehidupan Sanjay berubah. Bagusnya cerita ni Sanjay sempat berubah dan menolak dadah untuk kembali sihat seperti orang normal biasa. Macam mana kita tahu bahawa dadah tu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dibuang bila sekali seseorang tu da terdedah dengan dadah. Tambahan lagi, kisah yang menyayat hati bila Sunil Dutt sanggup ke syarikat akhbar semata - mata nak bersihkan nama anaknya. Setiap hari ayah Sanjay akan ke syarikat akhbar untuk minta anaknya dibersihkan nama. Sampai satu masa, bila ayahnya nak tidur, dia sanggup tidur sampai tanpa kipas sebab dia tahu anaknya juga tidur tanpa kipas dalam penjara. Dia tak mahu dia bersenang - senang sedangkan anaknya hidup dalam keperitan dalam penjara.

Barisan pelakon:

Ranbir Kapoor sebagai Sanju Dutt
Paresh Rawal sebagai Sunil Dutt (Ayah Sanju)
Vicky Kaushal sebagai Kamlesh / Kamli / Kanhaiyalal Kapasi
Manisha Koirala sebagai Nargis (Emak Sanju)
Dia Mirza sebagai Manyata Dutt (Ibu Sanju)
Sonam Kapoor sebagai Ruby (Kekasih Sanju)
Anushka Sharma sebagai Winnie Dias (biografi)
Jim Sarbh sebagai Zubin Mistry (pengaruh dadah Sanju)

Directed byRajkumar Hirani
Produced byVidhu Vinod Chopra
Rajkumar Hirani

    Comments

    Popular Posts