Blackmail (2018)


Kisah mengenai seorang lelaki bernama Dev yang berkahwin dengan seorang perempuan bernama Reena. Dalam kesibukan Dev bekerja, satu hari rakannya (Anand) beri satu idea kepada Dev untuk membuat kejutan dengan memberi jambangan bunga kepada isterinya supaya isterinya berasa gembira. Namun, Dev pula yang mendapat kejutan dimana Reena selingkuh dengan lelaki lain yang bernama Ranjit.

Ditambah pulak dengan pelbagai masalah kewangan, Dev menjadi buntu untuk mencari duit dalam masa yang terdekat. Dev mendapat idea dengan cara blackmail Ranjit menggunakan telefon dan simkad yang baru. Dalam mesej tersebut, Dev mengugut Ranjit untuk memberikannya wang sebanyak 10,000 rupee dalam masa 24 jam. Jika tidak, Dev akan memberitahu Dolly (isteri Ranjit) bahawa Ranjit selingkuh dengan perempuan lain. Setiap kali Dev mempunyai masalah duit, Dev akan meminta pada Ranjit. Ranjit terpaksa menipu isterinya yang kaya bahawa dia akan membuka perniagaan import dan eksport anjing dan memerlukan wang untuk perniagaannya itu. Apabila Ranjit kekurangan duit, Ranjit juga menggunakan helah yang sama terhadap Reena. Reena yang tidak bekerja terpaksa meminta suaminya (Dev) dengan alasan ayahnya akan membuat pendedahan dan memerlukan kos yang tinggi. Apakah yang berlaku pada Dev? Apakah kesudahan hubungan Reena dan Ranjit? 

Review: 

Kisah ini jadi menarik dengan jalan cerita dan perkaitan antara kesemua watak. Kepandaian Dev dalam memanipulasi helahnya tanpa pengetahuan orang lain dan cara dia menyimpan rahsia helahnya membuatkan seolah - olah tiada seorang pun yang tahu bahawa Dev merupakan pesalah dalam cerita ni kecuali Anand. Itu pun kerana Dev yang beritahu kepada Anand mengenai helahnya apabila Dev dalam keadaan mabuk dan tertekan dengan masalah kewangan. Kerana tidak sengajanya Dev, Anand juga beritahu Prabha dan membuatkan Prabha juga memeras ugut Dev. Kebijakan Dev dalam menangani helahnya membuatkan dialah yang memulakan masalah blackmail dan dia jugalah yang menutup kes blackmail apabila polis menyangka Anand yang membunuh Prabha dan menangkap Ranjit atas kes dia membunuh isterinya. Dalam masa yang sama, Reena juga terus memutuskan hubungannya dengan Ranjit apabila melihat gambar yang dihantar oleh Dev dan menyangka Ranjit lah yang blackmailnya selama ini. Jalan cerita yang menarik dan menyeronokkan ditambah dengan lagu hip hop yang buatkan penonton berasa berdebar, ^0^

Barisan Pelakon:

Irfan Khan sebagai Dev Kaushal
Kirti Kulhairi sebagai Reena Kaushal
Arunoday Singh sebagai Ranjit Arora
Divya Dotta sebagai Dolly Verma 
Pradhuman Singh Mall sebagai Anand Tripathi

Directed byAbhinay Deo
Produced by

Comments

Popular Posts