Bird Box (2018)


Sebuah filem yang kini trending di Netflix. 'Bird Box' mengisahkan satu peristiwa yang membuatkan keadaan kucar kacir. Dunia menjadi huru hara apabila berlakunya peristiwa tanpa kawalan. Kejadian bermula ketika Malorie baru lepas berjumpa Dr Lapham untuk temujanji (OB) obstestrik. Dia tersermpak dengan seorang perempuan yang tiba - tiba menghantuk kepalanya ke dinding kaca. Kemudian, dengan rasa takut Malorie meluru masuk ke dalam kereta bersama Shanon (adiknya). Secara tak sangka, Shanon terlibat dengan kejadian aneh ketika dia memandu. Mereka kemalangan dan Shanon terus keluar kereta dan dilanggar lori.

Malorie diselamatkan oleh Tom ke dalam sebuah rumah milik Greg. Disitu Malorie berjumpa dengan beberapa orang iaitu Greg, Charlie, Lucy, Tom, Felix, Douglas dan Cheryl. Kemudian, mereka berjumpa dengan Olympia yang juga merupakan seorang ibu mengndung. Mereka mendapati tiada siapa dapat melihat keadaan luar, jika tidak mereka akan mati. Untuk mendapatkan bekalan makanan daripada pasar raya, mereka dikehendaki untuk memakai penutup mata.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Bagaimanakah mereka meneruskan hidup hanya dalam sebuah rumah? Apakah 'creature' yang sering ditakuti?

Review:

Aku cadang tajuk ni lebih sesuai ditukar kepada 'Blinfolded'. Mungkin penerbiit filem ni ada alasan mereka tersendiri kenapa lebih memilih tajuk 'Bird Box' sebab pada aku filem ni lebih highlighkan 'Blindfolded' berbanding 'Bird Box'. Jalan cerita filem ini seakan sama dengan 'A Quiet Place' dan membezakannya adalah 'Bird Box' tidak menunjukkan visual 'creature' tersebut.

Barisan Pelakon:

Sandra Bullock sebagai Malorie Hayes

Trevante Rhodes sebagai Tom
Jacki Weaver sebagai Cheryl
Rosa Salazar sebagai Lucy
Danielle Macdonald sebagai Olympia
Colson Baker sebagai Felix
Lil Rel Howery sebagai Charlie
Tom Hollander sebagai Gary
BD Wong sebagai Greg


Directed bySusanne Bier
Produced by
  • Chris Morgan
  • Barbara Muschietti
  • Scott Stuber
  • Dylan Clark
  • Clayton Townsend

Comments

Popular Posts